Aktivit - Aktivit KUP

Pelancaran Koridor Utiliti Pahang pada 26-27 April 2016 yang bertempat di Silk Ballroom, Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (Sasicc), Kuantan.


YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob telah merasmikan pelancaran Koridor Utiliti Pahang, serta Seminar Pengurusan Koridor Utiliti dan Pembangunan Pangkalan Data Utiliti Negeri Pahang. Antara yang turut hadir Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan Dan Perbandaran Negeri, Dato' Wan Rosdy Wan Ismail , Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Pengarah Eksekutif Pahang Teknologi Resources (PTR), Dato’ Sharifah Fatimah Syed Omar yang juga Ahli Lembaga Pengarah KUP, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif KUP, Encik Nur Iskandar Othman.


Lawatan JKP ke KUJ

Lawatan kerja dari Jawatankuasa Perbandaran Negeri Pahang ke Koridor Utiliti Johor (KUJ) di Hotel Thistle, Johor Bahru pada 13 dan 14 September 2016. Lawatan kerja ke KUJ adalah bertujuan untuk membentangkan Garis Panduan bagi pengorekan Utiliti Negeri Johor dan fungsi-fungsi KUJ sebagai One Stop Centre. Tambahan lagi, lawatan kerja ini juga bertujuan untuk menyelaraskan urusan pengurusan koridor infrastruktur utiliti di kedua-dua buah negeri.


Bengkel & Taklimat GP di Colmar


Berlangsungnya Taklimat Garis Panduan Koridor utiliti Pahang pada 24 dan 25 Januari 2016 bertempat di Colmar French Theme Resort, Berjaya Hills Bentong. Taklimat telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada wakil Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kerja Raya (Daerah dan Negeri).


Tujuan taklimat ini adalah untuk membentangkan deraf garis panduan KUP dan penambahbaikan hasil daripada maklum balas daripada peserta-peserta bengkel. Perasmian bengkel telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Perbandaran Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Koridor Utiliti Pahang manakala sesi penutupan pula oleh Dato’ Suhaimi Bin Mohd Yunus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Bahagian Pembangunan yang juga Ahli Lembaga Pengarah KUP.