Brownfield

Brownfield bermaksud kawasan sedia ada dimana kerja-kerja pemasangan utiliti di kawasan sedia ada yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Melulus. Pendaftaran dan permohonan untuk kerja-kerja pemasangan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

  Kerja-kerja Terancang
iaitu kerja-kerja pembangunan dan pemasangan infrastruktur utiliti yang telah dirancang dan dijadualkan pelaksanaannya seperti pemasangan utiliti baru, penggantian atau menaiktaraf utiliti.


  Kecemasan
iaitu kerja-kerja pembaikan infrastruktur utiliti seperti kebocoran paip, kerosakan atau kegagalan fungsi kabel elektrik atau telekomunikasi dan kerosakan jalan akibat kerja-kerja pemasangan utiliti yang melibatkan kerja-kerja pemotongan, penggalian dan penurapan semula jalan yang perlu disegerakan atas kepentingan umum.

  Kerja Khas

Online Application


Greenfield

Penyediaan Koridor Utiliti di Jalanraya baru (Greenfield) adalah mewujudkan ruang khas untuk laluan kemudahan utiliti di jalanraya yang bakal dibina oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, Pemaju Hartanah dan lain-lain..

Online Application

Pembangunan Pangkalan Data

Data Permohonan Pendaftaran adalah data maklumat yang diperolehi semasa proses permohonan projek yang merangkumi maklumat pemohon, tajuk projek, penyedia utiliti, kontraktor, kategori utiliti, pelan, kaedah pengorekan dan sebagainya. Pendaftaran permohonan ini boleh dilakukan sama ada secara manual (serahan dikaunter) or atau secara atas talian

Data Laluan Kemudahan Utiliti adalah data maklumat mengenai pemetaan berkaitan kerja-kerja pemasangan utiliti diatas permukaan dan dibawah tanah dimana kumpulan data maklumat yang saling berkaitan ini akan diproses dan disimpan secara sistematik dan digital di Pusat Pangkalan Data Utiliti Negeri untuk rujukan pihak yang berkaitan.

Berikut merupakan Struktur carta alir Pembangunan Pangkalan Data Utiliti Negeri.



Online Application